Tuesday, December 13, 2011

A proud STFian ;)


Browsing the internet and found an article about SPM's 2010 ranking, new BONDA :D, form four's 2011 diagnostics results..this year, they got second in sbp..Congratulations anyway. I had actually realised how lucky I was to step my feet in STF school's compound on 8th January 2007.heh. For short as I really didn't feel like commenting on this particular thing, I just wanted to state here and stressed it out that
I am proud to be a SERIKANDI :D

STF always win..there's no such thing as competition or what between the schools.
We win for ourselves. Each year, we're trying hard to be better from the previous year and so I hope that Grandiloquent 0711 will give a much better results for SPM 2011
and be number ONE. :))




Senarai MRSM, SBP, SEKOLAH Terbaik Malaysia 2010 | Dibawah ni adalah senarai ranking Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan ranking Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang paling cemerlang dalam peperiksaan SPM 2010 tahun lepas. Berdasarkan analisa, 3 sekolah MRSM mendapat gred purata bawah 1.00 berbanding SBP hanya 1 sekolah. MRSM Pengkalan Chepa menjadi sekolah terbaik SPM 2010 bagi kategori MRSM manakala SMS Seremban ataupun dikenali sebagai nama singkatan SASER menjadi sekolah terbaik SPM 2010 bagi kategori SBP.


Ranking MRSM terbaik Peperiksaan SPM 2010

1. MRSM Pengkalan Chepa – 0.83
2. MRSM Tun Ghafar Baba, Jasin – 0.91
3. MRSM Taiping – 0.97
4. MRSM Langkawi – 1.33
5. MRSM Kuala Kubu Bharu – 1.68
6. MRSM Kubang Pasu – 1.73
7. MRSM Kuala Berang – 1.73

Ranking SBP terbaik Peperiksaan SPM 2010

1. SMS Seremban (SASER) – 0.89
2. SBPI Gombak – 1.13
3. Kolej Islam Sultan Alam Shah – 1.15
4. Sekolah Tun Fatimah – 1.28
5. SBPI Rawang – 1.34
6. SMS Alam Shah – 1.35
7. SMS Kuala Terengganu – 1.36

**Angka 0.83 adalah gred purata sekolah berdasarkan peratusan pelajar mendapat A dalam SPM 2010

Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran telah pun menyenaraikan senarai sekolah terbaik di Malaysia yang mana sekolah-sekolah di Malaysia ini juga dikenali dengan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) sebagai salah satu langkah kementerian ke arah meningkatkan lagi kualiti pendidikan. Mari kita lihat sekolah mana yang tersenarai.

Yang pastinya, untuk sekolah-sekolah di Malaysia seperti di bawah ini tersenarai sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) daripada kalangan 10,000 buah sekolah seluruh negara , bukannya mudah. 20 Sekolah Berprestasi Tinggi telah membabitkan 10 sekolah berasrama penuh, empat sekolah menengah harian dan enam sekolah rendah seluruh Malaysia.

10 Sekolah Berasrama Penuh di Malaysia

  • Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru
  • Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban
  • Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Kedah
  • Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak
  • Kolej Tunku Kurshiah, Seremban
  • Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang
  • Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  • Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Perlis
  • Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  • Sekolah Menengah Sains Muzaffah Syah, Melaka.

4 Sekolah Menengah Harian di Malaysia

  • Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan (P) Sri Aman, Petaling Jaya
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma, Alor Setar
  • Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan (P) St. George, Pulau Pinang

6 Sekolah Rendah di Malaysia

  • Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur
  • Sekolah Kebangsaan Zainab (2), Kota Bahru
  • Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1, Kuala Lumpur
  • Sekolah Kebangsaan Convent Kota, Perak
  • Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala Lumpur
  • Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru.

Apabila sekolah di atas tersenarai sebagai antara sekolah terbaik di Malaysia, sekolah-sekolah ini pastinya diberi autonomi tambahan untuk mewujudkan inovasi dalam pentadbiran sekolah dan bertujuan meningkatkan keberhasilan pelajar. Itu janji dan keistimewaan yang diumumkan oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Sekolah-sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).


2 comments:

  1. wowww..
    bagus r awk ni..
    sy xpernh pn taw bende2 ni sume..
    ade la jgk dgr psl result2 sk ni..
    tu pn ayahanda gtaw mse assembly..huhuh..

    ReplyDelete
  2. haha..xpo..skoloh awak hebat doh nya. lamo xjupo awok..nk g plkn doh ni..huhuhu

    ReplyDelete

pesanan tuk faraheliena